Wednesday, 24 April 2013

DISEMBER..

Disember, ya bulan Disember...bulan yang selalu aku dan abang-abangku nantikan pada zaman kanak-kanak dahulu. Kenapa Disember bukan bulan lain? memang benar tarikh lahirku bulan Disember,tetapi bukan itu yang dinantikan oleh kami. Sebenarnya Disember merupakan bulan cuti sekolah dan kebetulan bulan Disember merupakan musim tengkujuh di kawasan pantai timur semenanjung Malaysia. Oleh sebab cuti sekolah, maka aku dan abang-abangku sebagai murid sekolah tentulah ingin menikmati hari-hari cuti itu dengan sepuas-puasnya. bukan murid sahaja yang malah guru juga akan merasa gembira bila tiba musim cuti sekolah ini walaupun kegembiraannya tidak dizahirkan.

Seperti biasa pada cuti sekolah iaitu bulan Disember, aku dan keluarga aku akan pulang ke kampung iaitu di Kuala Besar, Kelantan. bila sebut nama 'Kuala Besar' ia tidak asing lagi bagi penduduk disekitar Kota Bharu kerana tempat tersebut merupakan tempat yang sinonim dengan banjir pada musim tengkujuh. sebelum bercerita lebih jauh, kampung tersebut merupakan kampung ibu tiri aku dan bukanlah kampung asal aku. setelah ibu kandung aku meninggal,  dan aku mendapat mak baru, kampung itulah yang menjadi kunjungan kerana nenek sebelah abah aku telah meninggal dunia. namun kunjungan aku ke kampung ibu tiriku boleh dikatan sebagai 'ada udang disebalik batu' kerana niat aku bukanlah nak melawat nenek, tetapi ingin merasai kemeriahan suasana banjir disana maklumlah di rumah aku banjir tidak pernah berlaku, kerana kawasan itu agak tinggi.

Saat yang dinantikan sudah tiba, hujan lebat dan kadang kala renyai-renyai selama tiga hari sudah cukup untuk melipahi kampung Kuala Besar tersebut.  Golongan tua mulai risau dengan keaadaan tersebut, sesekali kedengaran pekikan jiran-jiran sebelah untuk menasihatkan supaya mengawasi barang-barang berharga supaya tidak ditenggelami air.  ketika orang dewasa sedang sibuk ataupun buat-buat sibuk itu mengankut barang, aku dan abang-abang aku mulakan percutian. Kami keluar rumah untuk bermain banjr yang sememangnya tahap kebersihannya tidak dapat dijamin.  Sesekali terlihat sampah sarap seperti lampin pakai buang yang hanyut di depan kami. namun sampah sarap tersebut tidak mampu untuk menjijikan mata kami yang melihat dan ia bukan satu penghalang. Maklumlah masa itu kami masih lagi kanak-kanak lagi. kami bermain air banjir itu dengan seronoknya, pelbagai aksi yang kami lakukan, kuak lentang,kuak kupu, pura-pura lemas, semua kami buat ibarat itik dapat air bak kata orang tua-tua. ramai jugak yang keluar bermain air banjir tidak kira golongan, orang tua, dewasa,kanak-kanak, muda,dara, teruna semua ada. suasana pada hari itu boleh dikatankan seperti sebuah pesta! Sedang asyik bermain, aku terlihat sebuah peti,( jangan fikir peti harta karun, sebab ini bukan cerita harta karun) iaitu sebuah peti sejuk yang telah rosak dan tidak berguna. aku bersama-sama imaginasi aku ini lantas mengambil peti tersebut dan membuang pintunya dan menjadikannya sebuah perahu dan aku mengambil papan untuk dijadikan pengayuhnya. setelah abang-abang ak bersama kawan-kawanku melihat gelagat aku menaiki 'sampan' tersebut, apa lagi, mereka juga turut mahu menaiki 'sampan tersebut.

sedar tak sedar, sudah sehari suntuk aku bermain, lapar dan dahaga tidak kami hiraukan kerana apa dalam fikiran kami hanyalah kepada banjir tersebut. tetapi apabila kami balik ke rumah, kami umpama harimau yang sedang lapar, kami makan dengan banyaknya walaupun sekadar berlauk ikan kering dan sedikit kuah. maklumlah, pada musim banjir, memang susah untuk keluar. begitulah nak digambarkan kesusahan nenek tatkala banjir melanda.  Keesokkan paginya,  awal-awal lagi abah sudah bersiap-siap untuk berniaga di Pasar Besar Siti Khadijah, aku hanya melihat sahaja gelagat abah yang keluar dari rumah itu. Suasana pagi di tambah pula dengan hujan menjadikan  aku lebih malas untuk bangkit dari katil.  selang berapa jam kemudiaan, terdengan ketukan pintu rumah. Lantas aku segera membuka pintu tersebut dan melihat abah yang kembali setelah keluar untuk berniaga tadi.  abah telah memberitahu bahawa jalan utama dari Kuala Besar ke Kota Bharu telah pecah dan dilimpahi oleh arus yang semakin deras dan amaran telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa supaya tidak bermain dengan air banjir kerana banjir semakin serius. nampaknya, aku tidak dapat mengulangi apa yang aku lakukan semalam. nak dipendekkan cerita, banjir mulai surut pada dua hari selepas itu. setelah banjir mulai surut, sebelum pulang, kami membantu nenek untuk mengemas balik barang-barang yang dipindahkan  itu ke tempat asal. Lumpur-lumpur juga kami bersihkan. begitulah cerita aku masa kanak-kanak dulu. kenangan yang tidak aku lupakan. namun pada tahun berikutnya kami tidak lagi pulang ke sana kerana nenek  telah meninggal dunia akibat sakit tua. oleh itu, bulan Disember tidak lagi seperti dulu. aku hanya di rumah, dan ia sangat membosankan.